selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Thursday, December 15, 2011

Teman = Kawan




di dalam gambar diatas cuma ada 4 orang sahaja , tapi ramai lagi teman saya. rindu semua nye ! serius saya tak nak pergi practical , lebih sanggup mengadap buku. rindu dekat diorang sangat-sangat , diorang banyak bagi aku semangat nak belajar , suraya , jannah , murni diorang semua cikgu aku , kalau saya malas diorang la paksa saya jangan malas . sayang diorang . 

6 bulan saya tak jumpa diorang nanti . bisu la saya kat sini nanti , tempat practical tak ada kawan . tapi nak buat macam mana , itu lah di namakan kehidupan kan ? hidup mesti diteruskan . kami keluarga TM , hahahaha. gud luck korang , semoga ok kat tempat practical di sana, jangan lupa saya ye :)

terima kasih korang sebab saya banyak lepak kat rumah korang sem 3 ari tu , semua tu kenangan .
A best friend shares the good times and help you out by listening during the bad times. Best friend is someone who know all about you and love you anyway.

Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah



12.12.2011 tarikh tu satu lagi tarikh yang happy bagi saya , ini kerana result semester 3 bagi politeknik sudah keluar. semangat tak tido malam sebab nak tunggu result, tapi , hampeh ! result tak keluar pon pukul 12 pg , penat saya tunggu sampai pukul 2 pagi . 

pukul 7 pagi lebih , tiba-tiba handphone berbunyi , Nagen kawan saya call cakap result dah keluar , terkejut saya , bangun cepat-cepat terus bukak pc , tapi pc saya buat hal . Ya Allah dugaan lagi , tak pe lah , shut down balik pc . Then dah ok , alhamdulillah .

Allhamdulillah result saya memberansangkan , atas bantuan kawan-kawan kesayangan saya , saya dapat result macam tu , terima kasih juga dekat pensyarah-pensyarah kelas DEP 3A , sebab dah penat mengajar kami semua sampai result gempak . 

finally , nak taw result saya ? hahahaha RAHSIA . tak nak la bagi taw nanti orang cakap saya riak pulak kan .



Monday, December 12, 2011

Perubahan blog





kalau siapa yang perasan , blog saya dah berubah sikit , disebabkan kebosanan melanda diri ini, jadi saya mengambil keputusan untuk edit blog , kat bawah sebelah kanan tu ada Credits corner korang semua boleh checkout blog-blog awesome tu . selamat mengedit ^^

Saturday, December 10, 2011

Rantai burung hantu haram ? betul ke ?


ye ke haram ? korang tengok blog ni ok dakwat pena .

Sunday, December 4, 2011

Bilik Saya









ni bukan la gambar-gambar bilik saya, tapi dari gambar-gambar ini lah saya mendapat inspirasi untuk menghias bilik saya yang buruk itu. Cuti sem ni saya banyak habis masa dalam bilik untuk hias bilik. saya tukar posisi katil, meja solek, semua sendiri taw, kuat tak? hahahahahaha. cantik tak bilik contoh kat tas tu ? cantik kan? saya paling suka warna biru tu , sebab cool je hehehe.

saya ada tips untuk ubah bilik anda :

1. ukur dulu , katil, alamari atau barang-barang yang nk di ubah tempat .
2. lukis plan bilik dahulu suapaya senang untuk tempatkan barang-barang anda.
3. kemaskan bilik anda sehari sebelum untuk mengubah bilik anda .
4. mintak tolong abang atau ayah, untuk mengangkat barang yang berat , jangan angkat sendiri nanti patah    tulang , tak pasal-pasal masuk hospital .
5. vakum bilik anda, buanh habuk-habuk.
6. beli la perfume sikit nak wangi blik, tak ada la bau hapak kan. 

ini je tips yang saya boleh fikirkan sekarang , pergi dulu, nanti saya update lagi :)

Thursday, December 1, 2011

31 December Coming Soon !


Disember sudah datang , Yeayhhhhh ! kenapa saya happy ? sebab lagi 30 hari birthday saya , berapa hari bulan erk ? 31 DISEMBER 2011 , tarikh ini tarikh keramat saya , ingat ye . bukan susah pon akhir tahun je .

jangan terkejut , saya tak tipu ok . dan pada 19.12 saya akan mula paractical kat TM . tak sukanye . saya rela mengadap buku dari pergi kerja . hurm , tapi ape nak buat , proses pembelajaran kan ? nak berjaya kena berkorban dan berusaha kan ?

pada birthday saya kan datang nannti , saya tak mintak banyak pon, saya cuma mintak saya terus bernyawa lagi sudah cukup :) dan lagi satu , mak and abah , nak phone baru satu ? hehehehe .

p/s: saya sudah tukarkan pengunaan bahasa aku pada saya, atas teguran seseorang .

Monday, November 28, 2011

sunyi, sepi, pedih = menangis


baru sekarang aku tahu bagaimana hilang benda yang kita sayang berturut-turut. semalam aku kehilangan kucing aku yang bernama tompok , tapi kami short pada pok . walaupon korang mungkin cakap die tak kiut, tapi pada kami die sangat kiut . die datang pada rumah kami maybe dalam bulan 7  , tapi sekejap sangat Allah bagi kami jaga die , cuma 4 bulan. masa die datang rumah kami, die kecik sangat , mak cakap maybe ada orang buang die, disebabkan kesian , abah pon ambik la die dan dapat lah kami 2 ekor kucing pada masa tu . Oh, seekor lagi nama Puss In The Boot ( tu pon kalu korang nak percaya la nama sepanjang tu ) .

warna bulu die, putih dan itam , sebab tu nama die tompok . yang uniknya kat kepala die cam pakai topeng batman, nanti aku tunjuk gambar pok , hidung pulak hitam, macam ada ala ala misai gitu, HUHUHU , by the way pok tu jantan. dapatlah Puss tu kawan kan . 

pok seekor kucing yang ganas pada mulanya, aku mandi kan die, sampai banyak calar-calar kat tangan aku . tapi die seekor kucing yang sangat senang nak jaga , tak banyak kerenah, bantai je makan ape pon boleh . die membu8ang pon dalam akhir-akhir nieh, mungkin die dah taw masa die dah sampai, pendek cerita pok kucing ynag sangat mendengar kata family aku.

minggu lepas pok sakit , die asyik tido je , kiterorang engat sakit biasa la kot . hurm tapi rupanya tidak. satu pengajaran penting aku nak bagi kat korang yang ada kucing JANGAN SESEKALI BAGI PANADOL PADA KUCING ANDA !!!  semalam jam hampir pukul 6 ptg, pok dah tak ada, Ya Allah, aku tak boleh tengok mak aku menagis , macam hilang anak , senb kiterorg layan kucing macam anak kiterorang sendiri. 

lepas nieh tak ada la pok  tunggu depan pintu rumah lagi, tak ada la pok kacau aku belajar lagi , tak ada la pok lilit kaki mak lagi bising mintak nak makan, tak ada la pok tido ngn Puss lagi, tak ada lagi suara die, :'(

Ya Allah, kuatlah semangat aku untuk harungi semua ni,

untuk Tompok , kiterorang family sangat sayang pok , terutama mak , rindu sangat kat pok , sampai tak boleh tengok gambar pok . Pok kmai nak mintak maaf pada pok , mintak maaf sangat-sangat kalau ada yang pok tak suka masa 4 bulan kami jaga pok. WE LOVE YOU SOOOOOOOOOO MUCH POK  


gambar nieh aku ambik dari ggogle je, disebakan phone aku murah sangat.
tapi sebijik je la muak die, just tang idung je ada itam :(




hilangnya kucing seperti hilangnya manusia,
hilangnya kucing , lebih teruk dari putus cinta ,
siapa yang pernah hilangnya kucing akan paham apa yang aku rasa.

Thursday, November 24, 2011

End of semester 3 , goodbye for a while :(



ok, aku taw korang bukan sangat baca pon blog aku, sebab aku sekarang pon dah jarang online. Maaf ye. aku sekarang sibuk dengan final exam lagi 2 minggu . lepas final aku janji akan update banyak-banyak ye .

AWAY FOR A WHILE , WISH ME LUCK FOR MY FINAL :(

Tuesday, November 22, 2011

alone


AKU SIAPA PADA KAU ?


Wednesday, November 9, 2011

Thursday, October 20, 2011

Freebies


hye semua, hari ni tiba-tiba aku tergerak hati nak menulis, selama ni kan aku asyik post gambar je kan. hari ni aku nak cakap pasal freebies , aku rasa macam dah bosan la dengan layout blog aku , jadi aku mula nak ubah sikit demi sedikit .

yang pertama aku nak ucap terima kasih dekat cynthia atas freebies die yang kiut miut, nampak tak kat atas tu ada tulisan cute, tu la yang aku ambik .

yang kedua pulak , aku ambik dekat apit , aku ambik doodle muslimah yang kat tepi kanan tu haaaa, comel kan ?

hehehehe, korang semua nantikan blog ni akan bertukar .

p/s: korang boleh klik kat nama bloggers untuk terus ke blog diorang .

Thursday, October 13, 2011

Sunday, October 9, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Friday, September 30, 2011

simple word give us a big meaning .


assalamualaikum :)

Orang yang tidak pernah bahagia di rumahnya maka dia tidak akan akan

 bahagia di tempatlain. Ketahuilah bahawa tempat yang paling tepat untuk 

ketenangan dan kedamaian jiwa yang jauh dari citra kepalsuan adalah rumah

anda sendiri.



Wednesday, September 28, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Assalamualaikum :)


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang....









Sunday, September 25, 2011

in love with ? siapa kekasih hati aku yang baru ?

assalamualaikum :)



BLACKBERRY BOLD 9780 

cinta hati ku yang baru . akan datang aku akan memiliki mu wahai sayang ku :)






Friday, September 16, 2011

edisi melepas marah


assalamualaikum :)

ok , post kali ni korang tak payah la nak baca , sebab tak ada kena mengena dengan korang pon ok. aku tengah tekanan perasaan ni , jadi aku menggunakan blog aku sekejap unruk melepaskan kemarahan aku .

AKU SAKIT HATI GILER DENGAN KO ! KENAPA KO TAK PENAH NAK PAHAM AKU , AKU MINTAK BENDA SIMPLE JE DENGAN KAU ! TU PON KO TAK BOLEH NAK BAGI ! AKU SAYANG KAU LA BODOH ! TU SEBAB AKU TAK SUKA KO WAT BENDA YANG AKU TAK SUKA ! TU SUSAH KE NAK IKUT HA ! SUSAH SANGAT KE!!!!! 1 MINGGU NIEH AKU PRESSURE SEBAB KO TAW TAK! KO BUKAN PEDULI PON PASAL AKU KAN . KO PEDULI PASAL KAWAN KO JE , PERASAAN AKU LANSUNG KO TAK PEDULI ! KO CAKAP KONON KO SAYANG AKU , SAYANG AR SANGAT , SAYANG SEORANG PENIPU ! AKU DAH TAK PERCAYA KAT KO LAGI !!!!

Sunday, August 28, 2011

jangan kau pergi

tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi.

Sunday, August 21, 2011

mimpi Kholidi Asadil Alam . siapa tu ?


assalamualaikum :)


happy nye dapat mimpi Kholidi Asadil Alam . siapa dia ? dia adalah pelakon Bila Cinta Bertasbih. hero weyh . watak die sebagai abdullah khairul azzam aku mimpi aku jumpa die ngn parents aku pon ada sekali . adoi ! happy nye .dating depan mak abah :) sweet laa die dalam mimpi aku .


sampai aku bangun tido pon tersenyum senyum . aish , memang best !


ok la tu je nak bagi taw ^^V




manis senyum dia :)










Wednesday, August 17, 2011

Sunday, August 14, 2011

Tak Puasa ! KANTOI !


assalamulaikum :)


hyeee sori aku lama tak update dah belog aku , sebab aku sibuk sangat dengan sem baru nieh , tak cukup nafas di buatnya ( nampak benor nipunya ) . selepas lama aku tak update blog , akhirnya dengan ini aku mengisytiharkan aku baru ada idea nak update blog , YEAAAYYYHHHHHH ! 

entry baru hari ini pasal cerita kisah benar yang kawan aku citer hari selasa lepas . kisah ini berlaku die kedai mamak  , kawan aku ni gurl , so die tak puasa  , paham-paham la ok . jadi die pergi kedai mamak ni kat tempat aku belajar , masok-masok je tengok banyak la hamba Allah yang berjantina lelaki . yang aku peliknya diorang uzur ke?

yang bertambah peliknya , nak cakap cina memang bukan cina la , warna kulit pon jauh beza gila la . diorang tak ada serba salah lansung la dengan tindakan mereka yang selamba je beli nasi bungkus . tipu ar kalau diorang cakap nak beli untuk berbuka maghrib nanti , sebab kawan aku pergi pukul 12 tengah hari . nampak benor nipunye , maksudnya diorang bukak puasa tengah hari la tu kan ??  

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan dah KANTOI ! wahai cik abang semua , sedarlah yang kamu semua tu berjantina LELAKI . bukan PEREMPUAN ! tak kan la tahan nafsu mkan 12 jam pon tak larat , yang mengadap laptop sampi ke subuh larat pulak kan , puasa tak larat pulak . pelik , pelik . 

yang penting anda-anda semua boleh tipu orang lain , tapi anda-anda semua tak boleh tipu Allah .

Tuesday, July 26, 2011

aku sudah kembali !


assalamualaikum :)

aku sudah kemabali ! akhirnya pc aku dah ok balik . ALHAMDULILLAH  :) 



Monday, July 11, 2011

entri lapuk , tahniah imam muda Hassan .


assalamualaikum :)

maafkan aku sebab lama tak online dah , ini disebabkan pc aku wat hal ! sakitnya hati aku ! kena format balik pc aku :'( , aku update blog ni pon guna laptop kawan aku . aku tak kaya macam korang , korang ada laptop, aku tak ada laptop .

ok , mari mulakan . tahniah Imam Muda Hassan kerana telah di nobatkan sebagai Juara Imam Muda 2 . wahhhhh! suka gila aku orang perak menang ! dah la hensem ^^v . dia memang layak jadi juara . die baca Al-Quran , sejuk je hati aku dengar . bertuah mak die . 

yang paling bagus Imam Muda Hassan ni , die memang seorang anak yang sangat menyanyangi ibu . die sangat respect mak die . tapi kesian kan , ayah die dah tak de. jadi mak die lah yang jadi abah dan seorang mak . moga aku dapat husband yang macam nieh dan juga dapat anak yang solehah . mak aku pulak cakap , nanti cari suami cari macam Imam Muda ==' . InsyaAllah kalau dapat la kan , siapa yang tak nak kan ? berdoa je la .

ape ape pon tahniah la kepada Imam Muda Hassan



Monday, June 27, 2011

Mail Lambung VS A h Chai the movie .


assalamualaikum :)

korang mesti kenal Mail Lambung kan ? watak zizan dalam Maharaja Lawak tuuuu . Ah Chai lak watak Johan dari Raja Lawak lagi . sekarang cerita pasal diorang akan difilemkan atas permintaan orang ramai . Pengarah nya siapa lagi , Ahmad Idham la . dengar citer bulan 9 ni diorang start shoot . mungkin citer ni akan pecah panggung ? sama-sama kita tunggu........................



Saturday, June 25, 2011

final Imam Muda ke 2


assalamualaikum :)

semalam hari jumaat kan ? korang tengok Imam Muda tak ? tak kan tengok Maharaja Lawak je kot ? layan la sekali Imam Muda . tema semalam pasal hari tua  . bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua . bapa yang tak jaga oleh anak-anak . sedih sangat-sangat . menusuk jiwa aku . 

ok , tanpa melengahkan masa lagi , macam Imam Muda 1 , ada 2 finalis , sama jugak dengan Imam Muda 2 ada 2 jugak . 

finalis yang pertama adalah orang negeri aku , orang Perak . teman cukup suka dengan dia , cukup murah dengan senyuman , muka macam cina . korang tengok muka die memang rasa sejuk je hati . bertuah mak die dapat anak macam die , iaitu Imam Muda Hassan.



beliau lahir pada 17 february 1985. Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.  













finalis yang ke 2 pulak ialah Imam Muda Nazrul . lahir pada 20 june 1985 . sama umur dengan Imam Muda Hassan Seorang anak kelahiran Segamat, Johor.. Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee.. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.. Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak.. Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C).. Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya.. Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis..dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha 
memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan. beliau sudah berkeluarga .














mari lah kita ramai-ramai menyokong Imam Muda .

Friday, June 17, 2011

pengajaran dari Mr Bean


assalamualaikum :)

* hai semua *

hari nieh aku nak bercerita pasal Mr Bean , bohong sesiapa tak penah kenal dia kan ? korang nak taw cerita apa , mari kita sama-sama menyusuri cerita dibawah *cewaahhhhh*


2 weeks before test 



2 days before test


2 hours before test 



during test 




after test 




nota kaki : pengajaran nya setiap kali ada test , study  la awal-awal , jangan last minute baru nak study .  




Thursday, June 16, 2011

HACKED !


assalamualaikum :)



sekarang ni musim hacked ye ? dulu aku dengar HOT FM kena hacked , sekarang macam-amcam kena hacked dah. terutama laman web kerajaan . ape kejadahnye hackers ni ? tak ada keje ke ? menyusah kan orang ramai taw tak ! tadi aku dapat taw laman web UITM PENANG pulak kena . aku rasa macam lamn web kerajaan nieh teruk gak erk, sampai boleh kena hacked dengan senang . pagi tadi aku tengok GENG BLOGGER lak kena hacked !  petang ni ok dah . DAMN ! hackers sekalian tolong lah berhenti hacked page-page lain !