selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Thursday, April 28, 2011

nur kasih the movie

assalamualaikum semua :)

aku baru je abes final exam , lega sangat hati , beban sem 2 dah habis. memandangkan aku dah menganggur 2 bulan sekarang sebab cuti sem , so aku dah plan dengan kawan-kawan aku nk tengok NUR KASIH THE MOVIE, okeyh ! aku sangat teruja nak tengok movie nieh , tengok drama dulu pon tak puas, apetah lagi dengan movie.

aku tak sabar nak tengok ape citer terbaru Adam , Nur , Aidil dan Alia . mesti diorang banyak dugaan kan macam dalam drama dulu . agaknye kena bawak tisu la kot masok dalam wayang . pelakon-pelakon die semua best-best , dan macam biasa pelakon utama kena la kekal kan.







ok, aku tinggal kan korang dengan trailer nur kasih tthe movie, hope enjoy :)


Saturday, April 23, 2011

kawan baru saya ;)

hye semua . ok aku memang dah lama wat semak kat belog nieh. aku sebok siket dengan final exam. ok final exam kali nieh memang buat aku banyak termenung dalam dewan . hur ! SUSAH ! eh aku dah terbabas cerita lain, aku nak cerita pasal kawan baru aku nieh.

aku dengan die baru je la kawan. baru sebulan dua kot. tak bape engat la.bagi ak die ok la biler first2 kenal dengan die. orang nye cool, hormat pompuan, tu yang penting, suka keep in touch dengan aku, bukan macam yang lain, sekejap je jadi kawan, pastu hilang, PE KES ?


*dapat izin dari die*

nama die muhamad hafiz . aku suka kawan dengan die, biler aku ada problem aku citer kat die, die akan bagi tips2 siket , die nieh ske buat lawak gak .aku suka comment  dengan die. bulan depan u nak final kan, GUD LUCK  ye, study, jangan layan korea je kejenye. dan hobi terbaru die adalah tengok citer we got married khun & victoria. taw laa cute, HOHOHOHOHOHO

btw , conclusion nye , i suka kawan dengan u . i happy kawan dengan u, i harap dapat kawan dengan u sampai biler-biler . amin .harap u dapat tahan otak tak berapa betol i nieh, HAHAHAHAHAHA. 





Monday, April 11, 2011

Petua menjadi pelajar CEMERLANG menurut Al-Quran




korang mesti nak berjaya kan , so memandangkan hari nieh aku malas nak mengadap math hari nieh, 

tapi aku rajin nak update blog kesayangan aku nieh ,

berdasarkan gambar pon korang mungkin dah taw ape aku nak citer ,

hari nieh aku nak kasi motivasi sikit ,

petua nieh aku copy paste je dari iluvislam , tapi saje je nak share dengan korang .

**************************************************************


PETUA ANDA BERMULA DI SINI 

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]


"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

Saturday, April 2, 2011

cantik ke ?


bukan semua cantik subjektif ?

macam penah dengar kan ayat tuh ?

silakan menonton video nieh dari matluthfi90

klik je kat nama tu, korang akan terust direct ke youtube matluthfi.

aku suka tengok video die sebab die ada banyak pendapat sendiri .

so, enjoy guys and renung-renungkan lah.


kalau bagi aku semua ciptaan Allah tu dah cantik, 


dan sempurna mengikut yang dikehendaki oleh Allah :)




Friday, April 1, 2011

maharaja ?


selamat pagi korang :)

hari nie aku nak wat post sal maharaja .

maharaja apa?

maharaja lawak laa, ape lagi kan..

hari nieh dah setat dah... xsbar aku nak tengok.


maharaja lawak pilihan aku adalah..

berdasarkan gambar di atas ,

yang lain tak bukan JOZAN !

diorang memang the best la!

mari ramai-ramai sokong diorang ^^ v

sebelom aku tamat kan cerita aku tinggalkan korang dengan pantun JOZAN

tengok jangan tak tengok !