selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Thursday, October 18, 2012





maaf lama tak update blog, sibuk sangat dengan life as student. tahun akhir makin sibuk dengan final projek yang tak bersiap lagi. Alhamdulillah proposal dah lulus. Sekarang masanye untuk menyibukkan diri untuk buat programming T.T , I HATE PROGRAMMING!!!! 

final exam dah nak tiba, lagi 3 minggu je, Ya Allah sekejap je rasanya nak habis semester 5 ni. serius cakap semester 5 terlampau mencabar minda, fizikal dan rohani saya. Tapi dalam dunia mana ada yang senang kan, just fifkir positif, normal sebagai seorang pelajar akan gila mengadap note, nombor and calculator.

sekarang ni saya tengah study Microwave Communication, adoiiii pening sungguh nak paham. ada lagi 5 subject yang kena baca untuk final exam nanti. Doakan saya berjaya :)

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa Kepada Semua Muslimin dan Muslimat


saya dengan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia. marilah kita bersama-sama mengutip pahala di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. hanya bulan puasa sahaja yang ada solat tarawih. hanya sekali setahun, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini wahai saudara seIslam ku semua.

maafkan saya kerana jarang menyibuk di blog ini. kekangan waktu yang menyebabkan saya tidak dapat meluangkan masa untuk mengupdate post baru di blog ini. bermulanya sem baru ini, saya tersangat sibuk, kerana projek sudah bermula dan kadang-kadang terlibat dengan aktiviti di jabatan elektrik politeknik saya.

coming soon saya akan update post baru tentang review barang baru saya. TUNGGUUUUUUU.....

jadi saya berharap pada bulan ramadhan ini, kita dapat sama-sama sucikan hati masing-masing dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T

akhir sekali yang salah datang dari saya, yang baik datang dari Allah S.W.T

Sunday, June 10, 2012

zaman dulu kala




senyum kan diri anda seperti kucing ini walaupun dipaksa oleh tuan nya , muahahahaha

lama kan kita tak berjumpa ? haiiiii *lambai tangan* tiba-tiba saya ada masa untuk menaip di blog berhabuk ni. sorry lama tak update, menyibukkan diri dengan urusan politeknik tercinta. Report tak siap lagi = = ' hari ni tiba-tiba nak kenang zaman budak-budak dulu.

Yes, zaman budak-budak saya dulu saya sangat nakal macam tomboy. act like man la konon saya dulu, padahal jatuh basikal kain rabak menangis, hahaha akibat racing basikal untuk ke sekolah agama rakyat. But itu semua kenangan manis bukan? 

masa zaman sekolah agama rakyat dulu saya dan kawan suka main zero point, perrgghhhh rehat je ramai-ramai lari pergi kantin dulu beli laksa atau nasi lemak dan air sirap lepas tu sebelom masuk waktu asar, main zero point dulu. Semangat kesukanan yang sangat tinggi ^^


itu kalau kayt sekolah agama rakyat, ni dekat sekolah biasa bila dah habis exam akhir tahun, sure seludup barang main ke sekolah, budak nakal kata kan. tapi sure awak semua pernah kan ? 


saya panggil benda ni batang lidi, pernah main ?


lawan pemadam, favourite saya, beli banyak-banyak pemadam then lawan dengan kawan 


yang ni tipu kalau korang tak pernah main ! dam ular namanye.

  

yang ni semua permainan batu seremban, yang ni selalu budak perempuan main la, tapi saya dulu tak teror mana, selalu gak kalah, kadang-kadang main sampai sambung esok nye.


kesimpulannya: rindunya zaman dulu kan, tapi beza dengan budak zaman sekarang, mana ada main dah benda-benda ni , diorang main PSP, X-BOX, PS, i-Pad, Game computer.


p/s: tolong doakan report practical saya tak ada masalah dan diterima oleh Politeknik tercinta. TQ :)





Thursday, February 23, 2012

saya nak kahwin ?


sihat ke korang? saya tak berapa sihat sangat, biasa la musim hujan dan panas, kerja kat luar pulak tu, memang senang sakit la, demam 2 kali dah, huhuhuhu. Orang malas minum memang macam ni hehehehe.

hari ni lisa surihani dengan yusry kahwin kan? tahniah pada diorang, semoga bahagia hingga akhir hayat. Korang tanya saya bila nak, oopppssss! Mak! diorang tanya saya nak kahwin ke? jawapannye tidak wahai kawanku sekalian. Saya masih muda lagi.

tapi ramai kawan saya sekarang dah bertunang dan nak kahwin dah, apa apa pon saya doakan diorang bahagia. saya? hurm lambat lagi :)

Jodoh itu rahsia Allah, saya berserah pada Allah .

Saturday, February 4, 2012

Unifi




hye semua, sorry lama tak update blog , sibuk mengurus kan practical . balik kerja je dah penat , lebih penat dari belajar . sekarang aku dah insaf belajar lebih seronok dari kerja , so siapa yang nak sangat kerja korang fikir betul-betul dulu ok .

hariu ni saya nak update blog pasal Unifi , disebabkan saya practical dekat TM , jadi nak promosi sikit hehehehehe . Unifi adalah penganti Streamyx , line internet lebih laju dari internet dan , melibatkan juga television.

siaran television Unifi lebih kurang macam Astro.  korang boleh on facebook atau youtube just dari telivision kalu dah malas sangat nak bukak laptop , amacam cool tak? paling best pasal unifi line internet sangat laju sebab menggunakan fiber optic . ape tu Fiber Optic? korang search la sendiri , tapi yang penting line sangat laju . 

unifi ada pakej tersendiri , korang boleh pergi TM POINT  terdekat dengan korang , tapi macam dekat ipoh ni baru ada dekat Tasek , tapi lama kelamaan dalam 2 atau 3 bulan akan datang Unifi akan datang ke kawasan lain . jadi bersabar la ye korang .

p/s : saya pon tengah bodek mak nak suruh ambik unifi , hehehehe


Thursday, January 12, 2012

Maaf semua :(



kawan-kawan saya mintak maaf sebab lama tak update. saya sibuk dengan practical . bila cuti nanti saya update cerita yamg HOT ok :)

p/s : sayang kamu semua 

Sunday, January 1, 2012

review blackberry bold 9790




GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 850 / 1900 / 2100 / 800
HSDPA 900 / 1700 / 2100
Announced2011, November
StatusAvailable. Released 2011, December
BODYDimensions110 x 60 x 11.4 mm
Weight107 g
KeyboardQWERTY
DISPLAYTypeTFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size480 x 360 pixels, 2.45 inches (~245 ppi pixel density)
- Optical trackpad
SOUNDAlert typesVibration, MP3 ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 32GB, buy memory
Internal8 GB storage, 768 MB RAM
DATAGPRSYes
EDGEYes
SpeedHSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n, UMA (carrier-dependent)
BluetoothYes, v2.1 with A2DP, EDR
NFCCarrier dependent
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED flash
FeaturesGeo-tagging, face detection, image stabilization
VideoYes, VGA
SecondaryNo
FEATURESOSBlackBerry OS 7.0
CPUMarvel Tavor MG1 1 GHz
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
BrowserHTML
RadioNo
GPSYes, with A-GPS support
JavaNo
ColorsBlack
- SNS applications
- Document viewer
- MP3/WMA/WAV/eAAC+/FLAC player
- MP4/H.264/H.263/WMV player
- Organizer
- Voice memo/dial
- Predictive text input
BATTERYStandard battery, Li-Ion (JM-1)
Stand-byUp to 432 h (2G) / Up to 408 h (3G)
Talk timeUp to 5 h 10 min (2G) / Up to 5 h 20 min (3G)
Music playUp to 33 h



apa yang menyebabkan aku beli phone ni :

* sebab toucscreen dan ada keypad 
* nipis
* kecik
* bbm ( for sure )
* memory phone yang besar 
* sebab birthday aku :D

keburukan phone ni :

* bateri tiap-tiap hari kena charge 
* sebulan kena top up RM 30 untuk langgan monthly BIS ( kopak poket = = ' )

overall aku rasa ok je pakai phone ni , sesuai dengan aku , sesiapa yang jari besar beli la BB Bold 9900 , abang kepada BB Bold 9790 ni .