selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Tuesday, September 19, 2017

Tips 6 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan


Pagi ni free sikit kat office. So ada masa sikit nak update blog. Past few month, sibuk yang amat kat office, dari pagi ke petang. Weekend buzy ulang alik ke ipoh settle macam-macam hal. Ok back to the point tajuk perbincangan hari ini adalah "Tips 6 Bulan Sebelom Majlis Perkahwinan"

Saje je nak share tips ni, sebab selalu saya google tak jumpa pon yang latest punya tahun 2017. 6 bulan sebelum majlis perkahwinan belom lagi dipanggil tahap kritikal, tapi dah patot banyak benda kena prepare. So apa yang saya buat adalah sediakan list dan timeline awal-awal untuk mengelakkan ribut taufan melanda masa hari majlis nanti.

List 6 bulan sebelum majlis perkahwinan:

1. Tetapkan tarikh nikah dan majlis
Kalau korang tak set lagi tarikh nikah dan majlis, cepat-cepat la tetapkan sebab proses nak booking banyak benda perlukan tarikh yang tepat. Kami pon masa majlis tunang hari tu tak bincang tarikh nikah, sebab kekangan waktu and plan last minute majlis tunang hari tu  >_< 
So mak saya dan mak tunang saya berbincang sendiri tarikh yang sesuai untuk nikah.

2. Cari wedding planner
Memandangkan saya ni anak tunggal keluarga, and my mom tak larat nak handle majlis kahwin ni sorang-sorang due to health factors, so kami sekeluarga bersetuju nak hire wedding planner bagi memudahkan majlis nanti. Yes its true, hire wedding planner ni harga mahal, tapi bagi saya sesuai la dengan servis yang dia bagi kat kita. kita tak payah pikir nak cari tempat majlis kahwin, katering, pelamin, baju sanding, dj dan lain-lain sebab semua wedding planner yang uruskan. Harus di ingatkan bajet kita kena "keras" so berbincang lah dengan keluarga baik-baik pasal isu kewangan, sebab ni isu sensitif. Kita yang nak kahwin jangan kita pulak menyusahkan parents kita. Tarikh nikah dan majlis sanding belah perempuan pada hari yang sama so jimat kos di situ.

3. Tempah baju nikah lelaki / perempuan
Kami punya baju nikah tak beli siap kat kedai atas permintaan future mother in law, so kami beli kain kat Gulatis. Why gulatis? sebab kami dah pergi ke Jakel, tapi tak ada kain yang menarik jiwa dan raga. Plus my future mother in law dah survey kain kat Gulatis dan dah berkenan dengan satu kain tu. Harga kain kiterorg tu kalau tak silap satu meter dalam RM 64 macam tu, mahal kan? tapi baju ni bukan pakai sekali je, lepas ni boleh pakai lagi untuk raya atau ada majlis lain boleh pakai. Lepas tu beli lace untuk baju perempuan pulak, nak cari lace tu yang susah sebenarnya. Lace tak ingat berapa harga. Tapi total lebur duit kat kedai kahwin below than RM1000. Dah beli kain, lepas tu hantar ke tailor untuk jahit. Saya hantar ke tailor Monday Fashion di Ipoh berdekatan dengan Politeknik Ungku Omar. Boleh google kalau tak taw. Servis tailor ni terbaik, dan peramah.

4. Beli barang hantaran.
Masa ni dah boleh start survey dan beli sikit-sikit barang hantaran. Bagi saya beli sikit-sikit tak terasa sangat duit kita lebur. Tapi tips yang terbaik beli masa SALE memang jimat. Hari tu hush puppies ada sale, beli purse dan set tali pinggang untuk lelaki harga tak cecah pon RM200, kalau ikut harga asal total dua barang tu boleh jadi RM500, pengsan kalau nak beli. So beli masa SALE!! 


5. Teruskan menyimpan duit
Menyimpan duit yang cukup sangat penting, bukan simpan untuk majlis kahwin je ok, duit lebur untuk majlis kahwin, tapi lepas kahwin nak makan pasir? simpan duit juga untuk perbelanjaan selepas kahwin. Stop kan nafsu-nafsu shopping, cuci mata je tak pe, JANGAN MEMBELI!!  


Ni je checklist bagi saya sebab saya pakai wedding planner. So kebanyakan wedding planner yang uruskan.

Next, checklist 3 bulan sebelum majlis perkahwinan ☺



Monday, August 21, 2017

Personal Shopper butik Shah Alam


Siapa suka shopping baju di butik tapi tak ada masa?? Hari ini special review untuk personal shopper butik area Shah Alam iaitu @ps.myshahalam . Sebenarnya saya buat service personal shopper butik area Shah Alam. Mana-mana butik di Seksyen 7 dan seksyen 16 saya ambik order. Seksyen 7 contohnya macam Calaqisya, Bella Ammara. Butik area Bangi pon kami ada ambik order contohnya Leeyanarahman. 

Customer boleh pick up baju di area Shah Alam, ( Bangi - hujung minggu sahaja )

Jangan risau, saya bukan scammer nak tipu duit orang. Saya cuma nak bantu customer untuk beli baju di butik dan untuk tambah income duit dizaman pancaroba ini. Boleh tengak feedback customer kat instagram 😁
follow instagram : @ps.myshahalam









Monday, August 14, 2017

25 tahun? Apa yang berlaku sekarang tentang saya?


Sedar tak sedar umur dah 25 tahun, 4 tahun dah tak update blog, last update before sambung degree. Sekarang, alhamdulillah life as degree student dah tamat, setelah selama 3 tahun setengah tongang terbalik hidup, dari kurus ke gemok masa degree *shame on me* now tunggu bulan october untuk majlis konvokesyen. Semoga semua berjalan lancar. 

Selepas habis degree, intern pulak. Intern kat Digi HQ. Pengalaman banyak yang dikutip masa intern, benda nampak remeh kat mata student, tapi sebenarnya skill tu la yang penting masa kerja. Contoh besar nya adalah MICROSOFT EXCEL.

Sekarang alhamdulillah dah dapat kerja, kerja kat mana? RAHSIA :p

For the new coming update, new concept sikit update post. Akan ada sesi review meriview barang-barang or product. Disebabkan sejak dua menjak ni berminat sangat dengan barang make up. So nantikan lah review yang tak bertauliah dari dek non ni. *hakak kasi honest review hokey*

Other than that, adding some personal life sikit, so that i can share others how to make preparation step by step for your own BIG DAY.

As for now, stay tune. . .



Sunday, August 13, 2017

I'M BACK FOR GOOD !!

                         

Hi semua,

After 4 years i'm gone from blogging world, finally i'm back 😍

Actually I already forgot my password *pity you amalina* I try really hard to gain back my old blog, finally dengan kuasa Allah I get to blogging back.

I'm back for good, insyaAllah.

Keep waiting for my next post ya!

I will post something good after 4 years missing.

Till then,

Bye 🤗