selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Monday, June 27, 2011

Mail Lambung VS A h Chai the movie .


assalamualaikum :)

korang mesti kenal Mail Lambung kan ? watak zizan dalam Maharaja Lawak tuuuu . Ah Chai lak watak Johan dari Raja Lawak lagi . sekarang cerita pasal diorang akan difilemkan atas permintaan orang ramai . Pengarah nya siapa lagi , Ahmad Idham la . dengar citer bulan 9 ni diorang start shoot . mungkin citer ni akan pecah panggung ? sama-sama kita tunggu........................



Saturday, June 25, 2011

final Imam Muda ke 2


assalamualaikum :)

semalam hari jumaat kan ? korang tengok Imam Muda tak ? tak kan tengok Maharaja Lawak je kot ? layan la sekali Imam Muda . tema semalam pasal hari tua  . bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua . bapa yang tak jaga oleh anak-anak . sedih sangat-sangat . menusuk jiwa aku . 

ok , tanpa melengahkan masa lagi , macam Imam Muda 1 , ada 2 finalis , sama jugak dengan Imam Muda 2 ada 2 jugak . 

finalis yang pertama adalah orang negeri aku , orang Perak . teman cukup suka dengan dia , cukup murah dengan senyuman , muka macam cina . korang tengok muka die memang rasa sejuk je hati . bertuah mak die dapat anak macam die , iaitu Imam Muda Hassan.



beliau lahir pada 17 february 1985. Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.  













finalis yang ke 2 pulak ialah Imam Muda Nazrul . lahir pada 20 june 1985 . sama umur dengan Imam Muda Hassan Seorang anak kelahiran Segamat, Johor.. Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee.. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.. Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak.. Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C).. Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya.. Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis..dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha 
memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan. beliau sudah berkeluarga .














mari lah kita ramai-ramai menyokong Imam Muda .

Friday, June 17, 2011

pengajaran dari Mr Bean


assalamualaikum :)

* hai semua *

hari nieh aku nak bercerita pasal Mr Bean , bohong sesiapa tak penah kenal dia kan ? korang nak taw cerita apa , mari kita sama-sama menyusuri cerita dibawah *cewaahhhhh*


2 weeks before test 



2 days before test


2 hours before test 



during test 




after test 




nota kaki : pengajaran nya setiap kali ada test , study  la awal-awal , jangan last minute baru nak study .  




Thursday, June 16, 2011

HACKED !


assalamualaikum :)



sekarang ni musim hacked ye ? dulu aku dengar HOT FM kena hacked , sekarang macam-amcam kena hacked dah. terutama laman web kerajaan . ape kejadahnye hackers ni ? tak ada keje ke ? menyusah kan orang ramai taw tak ! tadi aku dapat taw laman web UITM PENANG pulak kena . aku rasa macam lamn web kerajaan nieh teruk gak erk, sampai boleh kena hacked dengan senang . pagi tadi aku tengok GENG BLOGGER lak kena hacked !  petang ni ok dah . DAMN ! hackers sekalian tolong lah berhenti hacked page-page lain !





Friday, June 10, 2011

Puss In Boots The Movie


assalamualaikum :)





korang kenal tak puss in boots nieh ? tak kan korang dah lupa kot ? kucing yang kawan kepada Shrek tuuuuu , haaaa , ingat dah ? kan shrek dah tamat dah citernya , so ganti citer shrek adalah citer puss in the boots la plak . dah laa cute giler kan kucing nieh  :)

cute nya mata die .


* ini story line nya , klik untuk tumbesaran *

suara latar masih dipegang oleh Antonio Banderas . filem ini bakal ditayangkan mungkin awal november , but dekat malaysia aku tak taw laa lambat ke awal bulan november . dalam filem nieh Puss ni playboy weyh, BHAHAHAHAHA . dah memang sifat natural dia kan . 

korang nak taw lebih lanjut korang KLIK SINI . 




tengok la trailer ni yew ^^v


Monday, June 6, 2011

doodle comel .


assalamualaikum :)

aku jeles betol dengan orang yang pandai buat doodle nieh , 

aku dah laa buta seni ,

tadi aku jalan-jalan blog orang ,

aku pergi blog wanhazel

alamak aih comel giler doodle die, free pulak tu die kasi .



thanks to wanhazel :)



F


assalamualaikum :)

F ? apekah ? F ialah manusia. manusia ini yang aku sangat rindu . aku rindu kau weyh :'(

THE END ! 

Friday, June 3, 2011

kejujuran itu penting .


assalamualaikum :)

Tiada insan yang sempurna dalam alam ciptaanNya, biarpun kita ingin menjadi yang terbaik, yang sempurna di pandangan insan tersayang. Namun jangan sesekali kita mempermainkan kepercayaan yang dia letakkan pada diri kita. Kepercayaan yang diberikan seringkali dipermainkan seolah-olah kepercayaan itu adalah satu permainan yang menyeronokkan.

Kejujuran adalah sesuatu yang sukar untuk kita sematkan dalam perhubungan yang kita bina biarpun hubungan itu telah lama terjalin. Sukar untuk kita bersikap jujur, berkata jujur kerana kita lebih memikirkan mengenai perasaan yang bakal mereka rasakan apabila kita bersikap jujur. Namun harus diingati, kerna penipuan yang kita lakukan apabila terbongkar akan lebih menyakitkan daripada kejujuran yang kita berikan padanya.

Orang yang kita sayang akan meninggalkan kita untuk orang yang menyayangi mereka, tetapi orang yang menyayangi kita akan tetap setia menunggu sehingga pintu hati kita terbuka untuk menerima sayang dan cinta dari pihaknya.

Sayang dan cinta harus wujud dari dua pihak, barulah sinar kebahagiaan dalam perhubungan akan mekar dan bercambah tanpa kita sedari.

Mmg perkataan kejujuran tue terlalu besar.. Sehinggakan kita takut untuk berkata jujur. Tp, lebih baik bersikap jujur dari kita menipu. Walaupun kejujuran menyakitkan, tapi itu yang terbaik. Tidak semua orang mampu bersikap jujur, kerana tidak ada manusia yang tidak akan menipu.

aku copy paste dari pelangi

aku buat entry pasal jujur nieh sebab aku nak seseorang tu jujur dengan aku =,=

Wednesday, June 1, 2011

nokia 5233


assalamualaikum :'(

entry hari nieh khas untuk yang tersayang , iaitu NOKIA 5233 aku . aku sayang ko sangat , jodoh kita tak panjang , tak sampai setahun ko dah tinggalkan aku . ok korang mesti pikir aku dah gila ke apa, but memang aku tengah tak betul sangat sebab aku kecewa sangat , aku gagal pertahankan phone aku . 

salah aku phone aku hilang , SALAH AKU ! damn ! sakit sangat hati , handphone tu tak ada semahal iphone , blackberry , htc , kamera dslr korang , harga nya RM450 je, but duit mana nak cari , tambah lagi aku student , yang beli phone tu pon bapak aku support aku sikit , aku bagi RM250 je .

kenapa ko nak ambil phone aku , dah tak ada duit sangat ke , terdesak sangat ke ko nak curi ? siapa ajar ko mencuri ? aku sure mak bapak ko tak ajar ko mencuri kan ? kenapa mesti handphone aku! ko ingat aku kaya sangat ke pakai handphoen jenis macam tu , sori la weyh , aku beli phone tuh pon dengan aku tak makan semata-mata nak tukar phone lama aku dulu yang kena masuk air .

aku just berdoa , orang macam ko cepat-cepat insaf dan dapat hidayah dari Allah , aku tak nak doa benda jahat, sebab aku takot nanti terkena dekat aku balik, ko nak ambik phone aku, ambik la BUT TOLONG JANGAN KACAU GAMBAR AKU ! PLEASE SANGAT TOLONG BUANG PIC AKU , ITU JE AKU MINTAK , AKU MOHON SANGAT-SANGAT!


sayang, aku dah rindu dekat ko :'(

see phone aku biasa-biasa je , tak gah mana pon . RINDU ! baru berapa jam ko dah kena curi , aku dah rindu ko sangat . ko jaga diri k , pape pon aku sayang ko sangat , walaupun ko bukan yang pertama bagi aku. 

kepada mak dan abah , orang mintak maaf sangat-sangat sebab hilangkan phone, orang pon tak nak benda ni jadi , tapi macam biasa, ada hikmah disebalik kehilangan phone nieh . aku redha dengan apa yang berlaku. sekarang aku lalai , mungkin ini cara Allah ingatkan aku . lepas ni aku akan jaga phone elok-elok, walaupun sekarang aku pakai handphone torchlight . its ok, janji dapat call dan mesej tu dah kira syukur sangat-sangat .

pengajaran atas apa yang berlaku pada aku hari ni , korang jaga la phone elok-elok, jangan letak dalam beg , dan pergi macam itu je . kalau korang dekat luar rumah, bawak je ke mana-mana phone korang tu , haragai la phone korang ! jangan jadi macam aku :'(