selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Sunday, November 3, 2013

Don't judge us please


Berjumpa lagi kita lagi selepas 4 bulan hilang lagi. 4 bulan hilang tu bukan apa, buzy uruskan banyak benda dan lagi satu malas nak update blog sebenarnya. Tak tahu nak tulis apa, no idea *blank*

*ok, muka sentap sebab malas and tak ada idea*

menurut oxford dictionary judgemental bermaksud having or displaying an overly critical point of view, dalam bahasa melayunya bermaksud mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Lebih kurang la kot, maaf kalau salah translate huhuhu. setiap manusia ada sikap yang judgemental, saya tak nafikan saya pon ada sikap judgemental *teruknya perangai* dan sedang berubah untuk buang tabiat buruk tu, InsyaAllah. Ada judgemental yang baik dan ada yang buruk jugak.

Tapi kebanyakannya adalah buruk. Kenapa saya katakan begitu? Pertama, bila kita tengok orang tu, pakai baju selekeh, buruk, pakai kain pelikat je, T-shirt biasa, mesti orang akan cakap "Mesti dia ni tak berduit tapi ada hati nak makan kat restoren mahal-mahal". Saya cakap berdasakan pengalaman saya sendiri pernah terkena macam ni, tengok muka kita ni macam student, pakai selekeh ingat kita tak mampu nak beli satu-satu barang yang mahal. Tapi tak pe, kita boleh bagi pengajaran dekat orang tu supaya lain kali jangan suka-suka nak judge orang lain dari sudut luaran sahaja.

*judgemental face*

Kedua, yang ni realiti berlaku dekat saya. Recently saya baru masuk ke Univeriti swasta, banyak juga la orang mempersoalkan kenapa saya masuk universiti swasta tersebut. Minded orang kalau fikir swasta mesti kos mhal, its truth memang mahal. Kalau ikut kemampuan family saya yang biasa-biasa memang saya tak akan mampu. Saya pon mengaku dengan ilmu yang cetek dulu saya fikir "eleyyy swasta, dah la mahal, study macam mana pulak nanti" okay bila fikir balik memang malu jugak la, sebab last-last terkena kat batang hidung sendiri. HA! PADAN MUKA KAU AMALINA! sobsobsob.

Meh saya jelaskan kenapa saya pilih untuk masuk Universiti swasta untuk sambung degree. 

> Nak tunggu UPU kena tunggu kemasukan bulan 9 tahun depan * oh my lama gila nak tunggu *
> Tak larat nak menganggur lagi
> Otak dah tepu, lepas habis diploma hooraayyy sangat -__-
> Nak rasa new environment

Let us continue cerita pasal cost sambung belajar dekat university swasta. seriously memang mahal, masa tengok yuran satu semester hampir rm7k memang istigfar jugak la, fikir mana mampu nak bayar macam ni. TAPI, jangan risau sebab ada bantuan kewangan akan diberikan. Oleh siapa? MARA la sapa lagi. Ni yang untung kalau student universiti swasta, dapat bantuan dari MARA. MARA ni lain tau dari PTPTN, lain sangat dan lagi better dari PTPTN. MARA tiap-tiap bulan akan bagi elaun sebulan RM700 tapi tu ikut kawasan korang study jugak la, kalau bukan dekat dengan pekan kurang sikit la, dalam RM600 lebih je.

Tapi masa mula-mula masuk sakit sikit la, parents korang kena tanggung korang dalam beberapa bulan, sebab MARA nak proses korang punya data ambik masa jugak. Jadi sila memahami ye. Berdoa je semoga duit MARA cepat masuk macam saya sekarang ni ha -__- 

MARA ni kalau korang grad dengan jayanya pointer 3.5 lebih pinjaman akan dihapuskan, so maknanya korang tak payah bayar. FREE OF CHARGE!! even untuk student Diploma pon. Kalau PTPTN korang grad Diploma CGPA tinggi mana pon bayar tetap mahal jugak kan. Tak terkecuali jugak kalau korang dapat pointer kurang dari 3.5 korang akan dapat diskaun dari keseluruhan jumlah pinjaman korang. Contoh: kalau pinjaman keseluruhan rm40k so kalau dapat pointer 3.2 boleh dapat diskau 10% dan hanya perlu bayar rm4k sahaja, murah kan? Kalau nak tau lebih lagi pasal MARA ni korang boleh la gi laman web MARA, http://www.mara.gov.my

Environment kat universiti sini tak ada la sesosial mana pon. Biasa-biasa je, dan saya rasa macam dekat zaman poli kat JKE, masih terjaga batas-batas lagi. Saya selesa sangat. Sosial atau tak tu bergantung kat individu sendiri ye dak? kalau pandai pilih kawan tak akan jadi masalah pon. Fasiliti kalau ada kurang sana sini biasa la tu, mana ada universiti yang perfect kan. Semua ada maslah masing-masing. Dulu saya cakap dekat mak, tak nak sambung belajar kat KL sebab tak suka hidup kat KL yang sesak. HAA sekarang hambik kau, belajar kat KL, tu laa "kadang-kadang benda yang kita tak suka, tu tak semesti benda yang tak baik. Allah tau apa yang terbaik untuk kita" pengajarannya jangan lah kita terlalu tak suka dekat sesuatu benda tu.

Panjang jugak karangan hari ni. Mintak maaf sebab panjang sangat mengarut. So apa yang saya nak tekankan kat sini adalah, kita jangan suka judge orang lain. Ubah sikap tu. Bak kata pepatah orang putih "Dont judge a book by its cover" kalau kita tak tahu kisah benar, lebih baik kita diam atau kita bertanya sendiri dekat orang tu. kalau sesiapa yang masuk universiti swasta tu korang janganlah kutuk cakap dia tak pandai sebab tak layak masuk IPTA. stop judging people like that ok people. Everybody have their own reason to choose IPTS than IPTA. Belajar kat mana-mana sama je, cuma niat kita kena betul kerana Allah ta'ala tu yang utama.