selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Monday, July 22, 2013

Ukhuwwah Fillah Abadan Abada

                                          
                                           

Dah lama saya menyepi dari dunia menaip aka blogging ni. Agak sibuk dengan urusan diri. Alhamdulillah dengan jayanya saya dah berjaya habiskan diploma selama 3 tahun di Politeknik Ungku Omar. Proud to be PUO student. Berkat doa mak dan abah, tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah dari semester 1- 6, tak lupa juga pada rakan-rakan yang banyak sangat membantu dalam membantu saya memahami lagi pelajaran. Sori kalau aku ni lembab sikit and menyusahkan korang selama ni T.T


Jujurnya saya sangat rindukan rakan-rakan saya. Rakan saya yang banyak bagi saya nasihat dan teguran ketika saya leka, secara tak lansung proses untuk mematangkan diri juga ketika belajar diploma ni. Banyak suka duka, saya pernah jatuh terluka teruk ( perumpaan sahaja bukannya jatuh betul ye ) , rakan-rakan banyak bagi kata semangat, bantu saya bangun semula dan bantu saya untuk berubah to be a better muslimah. Saya sangat hargai mereka. Betul kata orang silap pilih rakan, kita akan juga akan tersilap memilih haluan hidup. Secara tak lansung pergaulan dengan rakan akan mempengaruhi hidup kita. Carilah rakan yang selalu mengingatkan kita pada Allah. Alhamdulillah saya dah jumpa rakan yang membawa saya supaya sentiasa ingat Allah.


Terima kasih sangat rakan-rakan DEP 6A : Jannah, Murni, Ruby, Su, Wee, Faezah, Ina, Fahmida.

kenangan kita bersama aku tak akan lupakan, insyaAllah aku akan simpan kemas dalam hati ini.