selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Saturday, June 25, 2011

final Imam Muda ke 2


assalamualaikum :)

semalam hari jumaat kan ? korang tengok Imam Muda tak ? tak kan tengok Maharaja Lawak je kot ? layan la sekali Imam Muda . tema semalam pasal hari tua  . bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua . bapa yang tak jaga oleh anak-anak . sedih sangat-sangat . menusuk jiwa aku . 

ok , tanpa melengahkan masa lagi , macam Imam Muda 1 , ada 2 finalis , sama jugak dengan Imam Muda 2 ada 2 jugak . 

finalis yang pertama adalah orang negeri aku , orang Perak . teman cukup suka dengan dia , cukup murah dengan senyuman , muka macam cina . korang tengok muka die memang rasa sejuk je hati . bertuah mak die dapat anak macam die , iaitu Imam Muda Hassan.



beliau lahir pada 17 february 1985. Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.  













finalis yang ke 2 pulak ialah Imam Muda Nazrul . lahir pada 20 june 1985 . sama umur dengan Imam Muda Hassan Seorang anak kelahiran Segamat, Johor.. Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee.. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.. Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak.. Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C).. Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya.. Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis..dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha 
memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan. beliau sudah berkeluarga .














mari lah kita ramai-ramai menyokong Imam Muda .

No comments:

Post a Comment

comment here :)