selamat datang. sudi-sudi laa ye follow saya, saya akan follow anda kembali. klik laa nuffnag tu banyak-banyak, nescaya anda sangat membantu saya , terima kasih :)

Wednesday, January 16, 2019

Hamil 5 minggu / 5 weeks pregnant

                                  



Bersambung kembali untuk minggu ke 5. Hari ni genap 5 minggu 6 hari mengandung. Sepanjang mengandung ni tak ada lagi tanda morning sickness. Alhamdulillah. 

Untuk minggu ke 5 ni tak ada apa-apa yang terjadi, cuma sakit belakang kadang-kadang on off.

First trimester ni saya hanya ambik suplement acid folic je. Tak berani nak ambik vitamin jenis lain sebab tak jumpa doktor lagi. Tapi saya banyakkan makan buah tiap-tiap hari supaya perut tak sembelit, kalau tak makan buah mesti sembelit. Susu yang dulunya saya tak minum tapi demi baby, saya minum jugak. Tutup hidung je minum huhuhuhu.

Cadangnya nak bukak buku pink kat KK next week. Harap semuanya dipermudahkan. semoga baby membesar dengan sihat. Amin. 

Next week saya sambung pula untuk minggu ke 6 dan proses nak bukak buku pink di KK. Doakan saya ye semua.

Monday, January 7, 2019

Hamil 4 minggu / 4 weeks pregnant


Bertemu kembali pada tahun baru 2019. Alhamdulillah tahun ni dapat hadiah hari lahir yang sangat bermakna sebab saya pregnant. Alhamdulillah syukur sangat. Tak jangka Allah bagi rezeki ni pada usia perkahwinan seawal 9 bulan ni. Suami happy dan dia yang berdebar lebih. hahahahha. 

Nak share kat semua bakal-bakal ibu tanda-tanda hamil.

1. Sakit belakang yang teramat.

2. Breast rasa sakit.

3. Emotional dengan suami sendiri.

4. Selalu sedawa angin, badan rasa penuh angin.

5. Perut sakit macam period pain.

6. Pening.



Ni antara tanda-tanda yang saya rasa sebelum dapat tahu mengandung. Tanda-tanda sama je macam kita nak datang period. So saya expect saya nak datang period sedangkan period saya dah lewat 6 hari. Kitaran period saya normal 26 hari.

Setiap hari jumaat saya akan travel jumpa suami saya disebabkan kiterorg ni pjj, masa driving tu belakang saya sakit sangat and perot rasa macam period cramp, tersangatlah tak selesa nak driving. Tapi gagahkan jugak drive. Masa ni tak suspect lagi mengandung tapi ada jugak la google tanda-tanda hamil tapi dalam pada masa yang sama tak nak mengharap sangat sebab takut kecewa.

Hari sabtu sakan je jalan jauh dengan suami. pagi sampai ke petang ke kl pastu balik perak. Petang tu suami nak pergi samsung centre, sebelah tu ada watson, tiba-tiba tergerak hati nak pergi beli upt kit. Beli yang murah je, satu RM5. Pastu takut tak puas hati dengan upt kit murah, pergi guardian pulak beli upt digital, pejam mata je la bayar RM44. Malam keluar lagi pergi house warming party rumah sepupu lepas tu jalan-jalan kat uptown dengan selambanya. satu hari tu saya jalan dalam 6000 lebih steps.

Sampai je rumah, terus capai upt murah lari ke toilet. Tak sampai seminit dah keluar double line. Masa ni tangan shaking sangat sebab tak tahu nak rasa apa. Happy? Takot? Debor? sebelum ni cuba mesti satu line je keluar and kali ni tak sangka double line. SubhanaALLAH happy sangat. Saya bakal jadi Ibu.

Reaksi suami? biasa la laki cover macho, macam tak de perasaan sangat biler cakap kita dapat result double line sebab dia kerja hospital so die dah paham dan tak perlu nak explain lebih. Dia tanya yakin ke ada baby? saya cakap "InsyaAllah ada kot, tak pe lah esok try digital pulak untuk confirmkan lagi, kalau ada kita pergi klinik esok pagi ya"

Esok paginya bangun solat subuh terus ke toilet check upt digital, lama menunggu result keluar ada la dalam 5 minit lebih bertapa senyap je dalam toilet. " Pregnant 2-3 weeks." terpangpang kat upt tu maka confirmlah saya mengandung, Lepas breakfast pergi klinik untuk scan perut. Mula-mula ambik bp, bacaan bp 127/85 sebab berdebar nak jumpa doktor. No giliran kena panggil, doc tanya bila last period dan doktor bagi taw mengandung 4 minggu 3 hari. 

Scan perut pulak, mula-mula doktor scan atas tak berapa nampak sangat sebab tempoh mengandung awal lagi. Jadi doktor mintak kebenaran untuk check melalui bawah, saya benarkan. Tak sakit pon, cuma rasa tak selesa sikit je. Masa ni debar sangat takut doktor tak jumpa baby. Alhamdulillah doc jumpa kantung baby kecik je macam biji chia seed. Happy sangat!! Doc nasihatkan makan folic acid, jaga makan dan banyakkan rehat.

Minggu depan saya share untuk minggu ke 5.